Wednesday, 27 April 2022

KEPENTINGAN PERPADUAN

 1.Dapat Membangunkan Ekonomi Negara


-Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung.Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan pelancong asing.

2.Mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat & mengeratkan ikatan persahabatan

-Keharmonian demi kesatuan ini merupakan keistimewaan yang bukan sahaja memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum, malah menjadi penanda aras bagi Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai negara yang aman dan harmoni.

3.Sebagai sebuah negara yang merdeka

-Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan yang mutlak ini, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan.Hasilnya mmembuat masyarakat Tanah Melayu ketika itu berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu yang telah memberikan masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah.

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN

  - Perpaduan ialah satu proses yang  menyatupadukan anggota masyarakat dan negara  melalui ideologi negara supaya masyarakat dapat  membent...