-Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan masyarakat. Pada zaman penjajahan, British telah membawa masuk tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan mereka sendiri dan meneksploitasi ekonomi yang telah mewujudkan jurang sosial dan ekonomi yang besar antara ketiga- tiga kaum terbesar di Tanah Melayu.
PERPADUAN DI MALAYSIA
Wednesday, 27 April 2022
PENGENALAN
-Definisi perpaduan adalah hubungan atau kerjasama yang dilahirkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti. Malaysia merupakan negara berbilang kaum yang terkenal dengan kehidupan aman dan harmoni. Tiga kaum utama di malaysia adalah melayu, china dan india.
PENDAHULUAN
Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati.Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak.
Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah Melayu adalah Melayu.Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup.pola penempatan,pekerjaan, pendidikan dan keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabian politik.
KEPENTINGAN PERPADUAN
1.Dapat Membangunkan Ekonomi Negara
-Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung.Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan pelancong asing.
2.Mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat & mengeratkan ikatan persahabatan
-Keharmonian demi kesatuan ini merupakan keistimewaan yang bukan sahaja memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum, malah menjadi penanda aras bagi Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai negara yang aman dan harmoni.
3.Sebagai sebuah negara yang merdeka
-Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan yang mutlak ini, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan.Hasilnya mmembuat masyarakat Tanah Melayu ketika itu berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu yang telah memberikan masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah.
TUJUAN PERPADUAN
- dapat memajukan ekonomi negara
- memupuk dan membina masyarakat yang harmoni
- mewujudkan kestabilan dari segi politik dan ekonomi
- dapat mengelakkan semangat assobiah
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN:
1.penggunaan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu
-Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan
2.Menjaga budi bahasa dan akhlak
-kita mestilah menghormati kepercayaan setiap kaum agar hubungan semakin erat
3.Mengadakan gotong royong untuk semua kaum
-dapat mengukuhkan hubungan antara setiap kaum
-dapat memupuk semangat kerjasama tanpa mengira bangsa
4.Kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka perayaan setiap kaum
-interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum
5.mengadakan aktiviti sukan
-semua kaum menyokong dan memberi semangat untuk atlet-atlet negara tanpa mengira kaum.
KEBAIKAN PERPADUAN
-masyarakat hidup bersatu padu
-ekonomi negara semakin maju
-dapat mengekalkan kestabilan politik
-pembangunan yang dirancang dapat mengekalkan kestabilan politik
-menjadikan imej negara semakin baik
-aktiviti kemasyarakatan dapat dijalankan dengan lancar
KESAN MASYARAKAT TIDAK BERSATU PADU
-Masyarakat yang telah berpecah belah
-Negara menjadi kacau-bilau dan huru-hara
-Keselamatan dan keamanan negara akan terancam
- Kadar jenayah di dalam Negara akan meningkat
-Perbalahan dan pergaduhan antara kaum akan terjadi.
- Masyarakat saling benci membenci dan tiada rasa kasih-sayang, tanggungjawab dan kerjasama di dalam satu komuniti.
- Tunjuk perasaan,perhimpunan dan aktiviti yang tidak sihat akan berterusan dan berleluasa.
- Berikutan itu, nyawa setiap rakyat dalam keadaan tidak selamat dan terancam.
-Masalah mencuri, meculik dan lain-lain akan meningkat kerana tiada sikap untuk saling bekerjasama.
-Wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain kerana wujudnya sikap perkauman.
- Aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar dan juga mungkin berhenti dengan serta- merta.
-Ini akan menconteng arang terhadap imej dan integriti Negara sebagai sebuah Negara yang berdaulat dan mengamalkan prinsip demokrasi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGENALAN
- Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya masyarakat dapat membent...
-
-Masyarakat yang telah berpecah belah -Negara menjadi kacau-bilau dan huru-hara -Keselamatan dan keamanan negara akan terancam - Kadar ...
-
-masyarakat hidup bersatu padu -ekonomi negara semakin maju -dapat mengekalkan kestabilan politik -pembangunan yang dirancang dapat mengeka...
-
1.penggunaan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu -Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain...



